* MY FOLLOWER *

Home » cara percakapan a.k.a (loghat)

cara percakapan a.k.a (loghat)

-assalamualaikum-

salam 1 malaysia salam 1 blogger .

okay entry kali nih nak berkongsi pasai loghat , cara percakapan kita bila di tempat orang .
kita duduk 1 malaysia , so banyak loghat - loghat yang pelik kadang - kadang sesetengah orang tak faham .
kan kan kan . 

okay , macam di malaysia , kita ada loghat pantai timur , utara , selatan ke apa ke yang sewaktu lah .
MSD bukan nak tunjuk hebakk ke apa kan but MSD boleh cakap dalam 3 loghat kot mungkin . acecece . 
p/s : kerekk MSD . HAHA . =)


(1)
loghat kelantan sebab mak MSD orang kelantan so dah kompom - kompom MSD pekat sengoti cakap kelate yedak , but MSD guna loghat kelantan nih bila masa makan kat kedai makan , yelah kebanyakkan nya orang kelantan yang selalu berniaga kat kedai - kedai makan nih kan macam kat puchong nih haa kebanyakannya MSD tengok semua orang kelantan bukak kedai makan , so tak sia - sia lah MSD tahu loghat kelate ni sebab kadang - kadang MSD boleh mintak kurangkan harga , yelaa 1 negeri . HAHA , jangan jeles .
 acece . nak makan pon  kena tawar - menawar . HAHA . biasa laa nak jimat MSD ni kan jimat orang nya . kui kui kui . =) korang nak belajar loghat kelantan tengok cinderella cerita budak kelantan atau search je kat GOOGLE . 
 HAHA


(2)
terengganu , belah bapak MSD orang terengganu . then MSD pon lahir kat terengganu di kemamang . Stay kat kuantan pon cakap loghat terengganu . Mana boleh lupa nanti cakap lupa daratan pulak kalau cakap loghat lain kan kan kan . Guane gamok ? HAHA . orang kata loghat terengganu nih banyak huruf G kat belakang ? mana ada laa . nak tahu kenapa . meh sini nok kabo . 
kalau ayat " hari ni aku nak makan nasi pakai sudu " bila di tukarkan ayat kepada ayat GANU yang korang dok cakap tambah huruf "G" kat belakang tuh kan bunyi agak pelik sikit laa ,

 ok baca nih MSD tambah huruf "G" kat belakang 
" haring ning akung nang makang nasing pakang sudung " 
macam mana bunyi dia agak sengau sikit kan ,
 perkataan betol nya macam nih 
" arini aku nok makang nasi dengang sudu " 
see , tade dah sengau - sengau . HAHA .
 jangan memandai korang je nak tambah - tambah "G" kat belakang . cuba la belajar bahasa terengganu , senang je . MSD boleh tolong ajarkan . =)


(3)
utara , MSD tadak sapa - sapa sedara - mara , marka ka apa ka belah - belah utara tapi MSD boleh bercakap loghat utara ? nak tahu dengar sendiri . pekat kot . tuh pon dok bergaul dengan orang - orang belah sana dah jadi terbiasa cakap . hebakk dok MSD ? HAHA . 

so , korang pulak macam mana ?
nak belajar loghat mana pulak nanti . loghat nogori , sapo - sapo orang nogori ?
aja la den . HAHA .

sekarang pon MSD kat selangor still lagi cakap loghat GANU tu kadang -  kadang je laa .
sebab dey' all suka gelak bila MSD cakap loghat terengganu . kelakar ke ? MSD rasa biasa je . ape yang kelakar tak tahu laa.

kita kan 1 malaysia , tak salah kalau belajar loghat negeri lain kan kan kan . 

-assalamualaikum-


#notakaki1#
- entry yang mengarot -


terima kasih kerana membaca , datang lagi ya . komen jangan lupa ;)

18 comments:

  1. haha..bahasa ganu xleh blah
    hidup bahasa ganu! :p

    ReplyDelete
  2. ena org penang.meh nak ajaQ meh. :P

    ReplyDelete
  3. @Eena Arrinamai laa , kita dok buat ramai kt sini . ;)

    ReplyDelete
  4. ak tak pakai loghat~
    lahir kat sel, besar kat sel...
    guna bahasa biasa aje! aku cakp smua fahm..

    sesetangah loghat ganu susah kot aku nk paham...aku kena dgr btol2..

    ReplyDelete
  5. @Silent Thinkerhaha , bagos la kalau faham smua . kan kan kan . nak belajar bahasa terengganu ? amik kelas . hehe .

    ReplyDelete
  6. Budak bilik sebelah aku orang Terengganu. Dia cakap mix semua loghat. Loghat ganu + Kelantan + utara + BM standard = 1 Malaysia. Serius aku kata, bila dia cakap macam makan paddle pop yang semua warna ada. Bezanya bila dia cakap, semua slang ada. :D

    ReplyDelete
  7. @thaqibzakiuihhh , tuddiaa . baguih laa lagu tuh . best sikit , suma boleh masok .

    ReplyDelete
  8. walaweyy. byk syiok ar gheti cakak ganu ngan klate mu nih. bolehla ajar teman. teman memang nok blajo cakak 2 loghat tu kott.

    haha. ekau nk blajo bahaso nogori ehh? den pon tgh dok menelaah lagi bahaso yg derang guno nihh. nasib baik den ado kawan kolej yg mmg dr nogori nihh. ahha. :D

    ReplyDelete
  9. @Diyana Abd RahmanHAHA , amboii . mai la blajaq . hng post kt fesbuk la nohh .

    ReplyDelete
  10. nara org ganu, so loghat ganu pekat sgt...huhuhu..

    ReplyDelete
  11. oklah tu, hang boleh ajaq ak loghat kelantan dengan terengganu. nanti ak ajaq hang loghat utara piau punya~ amacam?

    ReplyDelete
  12. saya tahu bahasa yg awak tahu.. :P

    best kan dapat belajar banyak bahasa ni.

    meh rujuk sini: http://sha-myheart.blogspot.com/2011/12/tahu-banyak-bahasa-perlu-ke-berlagak.html

    ReplyDelete
  13. @Norazlin Nordinpiau punya , mcm mna tuh ? betoi2 utara kaa ?

    ReplyDelete
  14. @sha my heartsaya bukan berlagak . cuma share aje . adess .

    ReplyDelete
  15. awak salah faham ni. saya tak kata sesiapa pun berlagak. saya cakap orang yang tak tahu bahasa lain tapi berlagaknya ya amat.. tapi bukan awak dan bukan saya.

    ReplyDelete
  16. @sha my heartmungkin ayat awk buad sy salah faham kot .

    ReplyDelete