* MY FOLLOWER *

Home » Penggodam Web Kerajaan Adalah Warga Tempatan?

Penggodam Web Kerajaan Adalah Warga Tempatan?


-assalamualaikum-
salam 1 blogger salam 1malaysia.

PUTRAJAYA – Sembilan puluh peratus serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan dan swasta sejak empat hari lepas, dilakukan orang tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri 
Dr Maximus Ongkili.


Beliau berkata polis dan agensi berkaitan kini dalam proses mengenal pasti semua penggodam.


“Kami sudah mendapat tahu bahawa hampir semua ini dilakukan orang tempatan, bukan pihak antarabangsa,” katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini.


Ongkili diminta mengulas insiden menggodam beberapa laman web di negara ini serta mengancam portal rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my. oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Anonymous’ dan mendakwa 
berpangkalan di luar negara.


Beliau juga meminta rakyat Malaysia menggunakan Internet secara profesional untuk pendidikan dan pembangunan negara.

“Ini kerana anda tidak boleh pergi jauh apabila melakukan jenayah siber dalam ruang siber itu sendiri,” katanya yang tidak mahu mengesahkan sama ada kabinet telah memutuskan penubuhan satu pasukan khas bagi mengatasi masalah
tersebut.
– BERNAMA

terima kasih kerana membaca , datang lagi ya . komen jangan lupa ;)

0 0 dah komen dahhh .:

Post a Comment