* MY FOLLOWER *

Home » ahlan ya ramadhan..

ahlan ya ramadhan..

-assalamualaikum-

ramadhan sudah mahu tiba. jadi mungkin persiapan raya tuh lambat lg. HAHA.
tapi mak aku sudah buat kuih raya dengan makcik aku. :))
so siapa-siapa mahu boleh bagitahu. HAHA. promote.!



okay-okay..
ramadhan.? apa yang kita tahu pasal ramadhan.?
bulan ramadhan adalah tanda kita mengingati Yang Maha Pencipta kita.
mesti tahu tak boleh makan tak boleh minum begitu juga KENTUT dalam air kn. also MEMASUKKAN sesuatu ke dalam rongga badan ke apa-apa lah. HAHA..
yang ajaib nya kita berjaya melawan nafsu. wow.! hebat nya ramadhan..


apa yang best semasa berbuka. betol.?
ia boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan ataupun persaudaraan sesama kita kecuali orang-orang yang kedekut sanggup bukak puasa sorang-sorang. ish.!
ta baik lebih best kalau makan ramai-ramai. semua dok tunggu waktu berbuka dengan keadaan yg lapar. HAHA. syukur.! ramai yang boleh melawan nafsu makan. tahniah untuk kamu semua.!


Bagi mereka yang imannya sudah padam, mereka ini tidak mampu membezakan antara Ramadan dan bulan biasa. Mereka ini tak ada yang berubah. Kalau ia sedar pun cuma kerana wujudnya bazar Ramadan di merata tempat. Menyeronokkannya membeli belah untuk berbuka sebelum tiba masanya. Orang ini sangat malang nasibnya. Sangat kecil akalnya walau memiliki ijazah peringkat tertinggi. Kalau Ramadan pun tak mampu mengubahnya, entah di bulan bila lagi ia mampu melakukannya?

Bagi mukmin sebenar. Yang sedar diri dan hakikat hidup dan mati. Inilah bulan ia banyak memandang ke bumi. Rasa hina dan rendah diri. Perjalanan hidup yang pastinya dipenuhi keterlanjuran dan kejahatan perlu diperbaiki. Dosa dan noda yang tercatat kukuh di sisi al-Rahman perlukan keampunan atau sekurang-kurangnya perubahan. Mukmin begini sangat menghargai kehadiran Ramadan. Inilah harapan terakhir baginya untuk memulakan perubahan. Atau pernah mencuba dan gagal, maka inilah peluang baru untuk ia mencuba lagi. Selagi hayat dikandung badan, ia percaya janji Allah yang tidak akan menghampakan harapan hambaNya dan peluang kedua.

Himpunkanlah semua dosamu. Yang besar hinggalah sekecil-kecil kesilapan. Bentangkanlah ia di atas sejadah Ramadan. Angkat tinggi-tinggi kedua tanganmu, pandanglah ke langit yang tinggi atau tundukkan mukamu melihat bumi. Kira balik dosa-dosa itu setiap hari, ketika sahur, ketika berbuka, ketika terawih, ketika tahajjud, ketika witir, ketika jaga, ketika tidurmu… kira berkali-kali. Begitu banyak hutang yang akan kau bawa mengadap penciptamu kelak. Menangislah atau buat-buatlah menangis andai hatimu terlalu keras. Minta ampunlah dengan nada sayu dan sangat hina. Mudah-mudahan Allah mengampunkanmu atau sekurang-kurangnya ia tahu kau benar benar jujur memohon ampun.

Bukalah al-Quran dan bacalah. Di dalamnya terkandung pelbagai pilihan hukuman untuk semua dosa-dosa tersebut. Andainya kau temui ayat-ayat nikmat dan kegembiraan, mungkin bukan untukmu lantaran sudah puluhan tahun kau begitu gembira…. bagimu ayat-ayat sedih. Bagimu ayat-ayat yang membuatmu menangis sepanjang bulan ini sebelum tiba hari kau benar-benar menangisi kelalaianmu.

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi seperti yang disebut dalam hadith:

عن جابر بن سمرة أتاني جبريل فقال : يا محمد ! من أدرك أحد والديه فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : يا محمد من أدرك شهر رمضان فمات فلم يغفر له فأدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : و من ذكرت عنده فلم يصل عليك فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين
Dari Jabir bin Samuroh rodhiyallahu’anhu, Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallambersabda: “Aku menjumpai Jibril, kemudian dia berkata: “Wahai Muhammad, barangsiapa yang menjumpai salah seorang dari kedua orang tuanya kemudian ia meninggal, kemudian ia dimasukkan ke neraka, semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”. Jibril berkata, “Wahai Muhammad, barangsiapa yang menjumpai bulan Ramadan kemudian ia meninggal, dan tidak diampunkan dosanya, maka dimasukkan ia ke neraka, semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”. Jibril berkata, “Wahai Muhammad, barangsiapa yang engkau disebutkan padanya ia tidak bersholawat kemudian meninggal dan dimasukkan ke neraka, semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”.

Al Jami’ush Shoghir wa Ziyadatuhu 75 (1/8)

semoga kedatangan ramadhan kali ini lebih bermakna, :))

-assalamualaikum-
terima kasih kerana membaca , datang lagi ya . komen jangan lupa ;)

0 0 dah komen dahhh .:

Post a Comment