* MY FOLLOWER *

Home » "Somalia" tempat paling bahaya untuk wanita

"Somalia" tempat paling bahaya untuk wanita

LONDON: Satu kajian pendapat Thomson Reuters Foundation mungkin mendapati Afghanistan adalah tempat paling berbahaya kepada seseorang wanita tetapi menteri wanita Somalia terkejut kerana mendapati ada negara yang lebih teruk daripada tanah airnya sendiri.

“Saya benar-benar terkejut kerana saya menyangkakan Somalia akan menjadi yang pertama dalam senarai dan bukan yang kelima,” kata Maryan Qasim.
Negara yang tidak melaksanakan undang-undang terbabit dalam konflik selama 20 tahun. Tetapi risiko paling besar bagi nyawa wanita bukanlah perang sebaliknya kelahiran. Seorang wanita akan mati bagi setiap 100 kelahiran, kata angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, satu daripada kadar yang tertinggi di dunia.

“Perkara yang paling berbahaya bagi seseorang wanita di Somalia adalah untuk hamil,” kata Maryan.

“Apabila seseorang wanita hamil, nilai nyawa beliau adalah 50-50 kerana tiada langsung penjagaan wanita hamil. Tiada hospital, tiada program penjagaan kesihatan dan tiada langsung apa-apa,” katanya. – Agensi

terima kasih kerana membaca , datang lagi ya . komen jangan lupa ;)

0 0 dah komen dahhh .:

Post a Comment